CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, March 25, 2012

kembara dakwah Sabah :D

Assalamualaikum.

10 - 12 Mac daurah kat al-Amin Bangi. then kembara dakwah !

13 Mac. selasa.
pukul 4 AM lagi semua dah banguun. siap siap segala bagai. then,gerak ke KLIA. di KLIA,kami terpecah dua. LKD yang ke Sabah dan yang ke sarawak.

LKD Sabah pula terbahagi keada dua. 1st flight (7.30) akhawat,mualimah zaiton dan kak ili. 2nd flight (9.30) ikhwah dan dua orang akhawat. kasihan mereka. huu.

dah sampai airport KK kami disambut oleh sekeluarga Ikram Sabah. then tunggu lagi dua jam untuk 2nd flight,gerak ke kg.Tambulion Sekolah Agama Rakyat (SAR).
lepas makan dan solat,briefing tentang keadaan kampung yang akan kami menetap selama 8 hari,Kg. Lasaupodi.

Sepanjang perjalanan memang cuak. macam-macam fikir. toilet,keadaan rumah,makanan,,orang,semua la senang kata.

kami sampai bila dah maghrib 6.30pm. jalan kaki naik bukit adalah jugak dalam 30 minit sebab kampung ni dekat kaki bukit! huisy. ponat. lepas isyak baru kami dibahagikan kepada keluarga angkat masing-masing. akhawat 100% tinggal bersama keluar tapi ikhwah tidur di surau. waktu siang je derang ikut aktiviti keluarga.

mulai malam tu,mulalah kisah dakwah kami.

14 Mac. Rabu.
hari ni semua orang akan buat hal masing-masing dengan keluarga angkat. kami ber ta'aruf masa sarapan. malam tadi dah ta'aruf tapi sekejap je. sangatlah penat! saya menjadi keluarga angkat bersama mualimah zaiton,kak ili dan farihah (kedah). hehe. untung ada mualimah dengan kak ili. lepas tu saya dengan farihah eager sangat nak gi berjalan walaupun family kami suruh rehat je hari tu. at last, sorang abang bawak gi kebun. for the first time pegang,nampak depan mata n makan buah koko. haha.. jakun la sikit. tengahari tu kak rosnah balik dari sekolah. dia amik STPM. 19 tahun. kami panggil kakak.

disebabkan sabah maghrib pukul 6.30, lebih kurng pukul 6 kami dah naik pergi surau. jalan dia memang naik turun bukit je. so,adalah jugak dalam 10-15 minit nak ke surau. penat tu for sure lah. tapi takpe. sikit je. lepas isyak baru balik. isyak pun awal lah,kan. pukul 7.30 lebih kurang dah isyak. then balik,makan malam.

15 Mac. Khamis.
pagi ni kakak bawak pergi kebun derang satu lagi. jauh ke dalam hutan. naik empat bukit. penat toksah cite la weh. dah sampai kebun rehat-rehat dulu,makan tebu fresh. heh. dah nak tertidur waktu tu. tetibe datang rampikut dengan burou,anjing peliharaan family. heh?! asal sampai ke hutan. rupa2nya mak pun datang kebun. dua ekor tu akan ikut mak. dah puas rehat,ikut kakak petik sayur basuh kat mata air (kot) then gerak balik umah. journey pergi adelah dalam sejam lebih. balik pulak,campur dengan dah penat dan tak larat,lapar lagi... 35 minit je! hakhak. the power of mind. sampai rumah kaki dah lembik habes nak naik turun tangga. nasib baik ada mualimah zaiton dengan kak ili. derang yang masakkan lunch. hee. thanks.

maghrib sampai isyak,macam biasa... solat kat surau. kakak pun ikut. haiihhh... boleh kurus kalau sebulan gini. bagus. bagus.

16 Mac. Jumaat.
pagi ni kami para akhawat ajar budak mengaji di surau. lepas ajar ngaji,ajar budak darjah 5 BM pulak. then akhawat lain beransur balik. farihah pun sama. saya tak ikut sebab tengah ajar budak. lastly,tinggal saya,Asma'.hanna dengan dayah. nak masuk zuhur dah. jap. nanti laki solat jumaat kat sini! aduh. nak gi mana ni? then someone said, 'kita solat jelah solat jumaat. 2 rakaat je. hehe. sebelum ni ana pernah jugak solat jummaat. kat UIA.' hu?! sirius? sebab tak pernh buat,cuak sikit. tapi disebabkan curious n thiqah dengan sahabat (haha) layankan aje idea bernas tu. kami pun siap-siap nak solat. ikhwah tengok pelik. haha. biarkan! sementelah lama,khatib pun naik ke atas mimbar. masuk khutbah ke2,kami semua dah tersengguk. haha! nak buat macaam mana.. tiap-tiap hari adala hari yang memenatkan dang mengantukkan. huu. sorilah..

habis solat,rasa jakun pulak. haha. pastu datang farihah dengan faseeha bawak bekal untuk kitorang. wuu T__T lapar. sebenarnya waktu tu tengah meeting dengan ikhwah. untuk family day esok. last minute habis. tapi lama sikit lepastu tangguh sebab masing2 lapar la kot. haha.

rumah kami semuanya jauh2. boleh dibahagikan kepada 3. 1st,atas dari surau. 2nd,dekat2 dengan surau. 3rd, jah bawah dr surau. disebabkan ada 3 rumah yang jauh dari surau,kami sepakat untuk tidak naik lagi solat kat surau. gabung 3 rumah. setiap rumah pulak ayah tak solat. ikhwah pulak ada kat satu rumah je. dua rumah lagi cane? maka,kami bergabung. setiap malam kami 6 akhawat (setiap rumah 2 akhawat) dan ikhwah (ikut suke bape nak datang) solat maghrib,tazkirah,makan then soolat isyak kat rumah2 tersebut ikut giliran. alhamdulillah! n malam ni,rumah tengah dulu. akhawat : 6 orang. ikhwah : 4 orang.


17 Mac. sabtu.
FAMILY DAAY. YEAY! tugas aku : ketua fesi acara dewasa. what?! mana reti. akibatnya,terkulat-kulat n cuak lah sekejap pagi uh. pagi uh memang sume benda kelam kabut sikit. orang yang hadir family kami2 je. takdelah ramai sangat tapi alhamdulillah. dewasa ada 3 games.
1. belon air
2. kelapa bowling
3. bunga straw (mak2) bola tenis (ayah2)

untuk remaja perempuan ada tambahan satu game sebab terlalu lama tunggu turn main bowling kelapa ; pass getah guna straw kat mulut. huu.

alhamdulillah, seems semua orang enjoy hari ni. kami-kami juga! masa main belon air, pasangannya mak angkat n anak angkat. tapi ada je antara kawan. sekali baling,anak angkat akan selangkah ke belakang. macam tulah sampai siapa ddapat bertahan paling jauh. main 2 round.

1st round,mak pecahkan. hehe. takpe. no hal. tapi kami 1st couple yang out dan baru sekali baling! haha.

2d round, setelah tiga kali baling,tiada siapa yang terkeluar lagi. fuhh. TAPI. ada masalah. saya nampak belon kami ada bocor masa mak terjatuhkan tadi. err. takpe.

ikhwah : 'waahh..nampaknya semua hebat2 kali ni. ok,sedia... baling.'

pisshh! lengan,tudung,baju habis basah. sori,mak. saya rasa macam dah sambut cukup lembut n cantik. pressure. pecah habes. AND, kami jugak 1st couple yang out. haha!

habis semua game,kemas2,penutup. then kami gi sungai kat tempat tersembunyi jap. hehe. wonderland ada rang kata.


balik,siap-siap sebab petang uh aktiviti 3 rumah kat rumah hujung pulak. tetibe berbondong lah pulak ikhwah yang datang! takut nasi dan lauk tak cukup je. tapi alhamdulillah setelah dipesan oleh akhawat supaya makan berpada-pada, ada banyak yang lebih. haha.

habis semua, balik umah, tido. penat!

18 Mac. Ahad.
pagi ni saya tengah duk tepi tingkap tulis journal. haha. tetibe mualim dengan keta benti depan umah. cakap kat mualimah.. 'haa. jom. cakap nak gi kundasang.' so,mualimah pun gelabah2 mintak sesiapa teman kan. yelahh... tetibe je . alkisahnya,saya gi teman. keluar dari pukul 9 lebih kurang,balik maghrib! huuh. penat.penat. pagi sampai tengahari kat kundasang. amik2 gambar,beli sayur. tengahari makan kat restoran. journey pergi lebih kurg 2 jam. balik pun sama. what did u expect? huu. petang uh stop kat pekan jap. beli barang untuk surau,hadiah,etc. serious dah penat,tak larat,ngantuk senanye. tapi takleh. kena gi pilih barang jugak. shopping dengan mualim je. huu. on the way balik,dah mula pening. mualim soleh cakap,'tulah...orang lain tido dia tak tido.' huu. memang takleh nak tido o the way pergi n balik. what to do? T__T

sampai umah terus cepat2 letak barang kat dapur,masuk toilet. teka apa yang berlaku seterusnya? muntah. sheesh. hate it. lepastu keluar,nak tolong masak. pening lagi. huu. 1st time mabuk darat. so naik atas,rehat jap. ikhwah pun dah datang. then sequence dia sama macam rumah2 sebelum ni.

if only you knew.

malam. tido. as usual,tired!

19 Mac. Isnin.
pagi ni wartawan datang. dia interview 3 orang je.
1. faseeha (sebab sepupu wartawan utusan melayu kot. haha)
2. Asma' (amirah lkd sabah)
3. Zubair (amir lkd sabah).

dari pagi ke petang akhawat rewang. tapi ada beberapa yang siapkan langsir,montaj,etc. ikhwah pula gotong royong. semuanya di dan berdekatan surau.

malam,peutup kembara. tayangkan montaj ikhwah n akhawat. persembahan ikhwah. persembahan adik2 yang telah ditrain oleh akhawat lagu 'terima kasih guruku'.

malam ni last bersama family angkat. ibu roni dah nangis dari pagi. sampai umah terus tido. tak fikir benda lain dah sebab dari pagi sampai maghrib kat dapur je. marvellous punye penat.

*tiap-tiap hari ada mention penat,kan? haha.


20 Mac. selasa.
lepas sarapan bersama keluarga masing-masing,semua pergi surau. bergambar. then bersalam-salaman. huu. hebat sungguh tangisan. sedih melihatnya. then gerak ke SAR balik. malam ada penutup bersama ikram sabah kat sana. tengahari uh sume pengsan. pukul 2 sume akhawat masuk kelas,ngajar lagu 'terima kasih guruku ! hah. untuk persembahan malam tu. gedebak gedebuk. malam pun tiba. mula macam biasa,ucapan. persembahan dari adik-adik,forum... cakap bahasa dusun! haha. macam thailand pun ada. tapi takpe. it's nice :) then persembahan ikhwah. tutup. sudah...secara rasminya kembara kami berakhir. alhamduulillah 'ala kulli hal.


21 Mac. Rabu.
lawatan ke muzium sabah. dari semalam sume orang cuak. result SPM keluar! so,semua orang tak lekang dengan phone masing2 dari pagi. kat dalam muzium,sorang-sorang dapat kol. ada yang terus diam. ada yang dapat ucapan tahniah dari orang sekeliling. huu. straight A.

lepas tu shopping! haha. gedebak gebuk. bertolak ke airport. makan KFC beramai2. akhirnya jumpa burger. haha. TAPI. apa boleh buat... perut ini tidak boleh menerimanya. dikeluarkan kembali T__T sedih je. sorilahh... dahlah orang belanja.

lepastu masuk depart. platform sama dengan yang gi KL . ingatkan boleh jumpa dulu tapi tak sempat ;( derang kena terus naik flight. patutnya salam je awal2. huuu.

at last,sampai JB! alhamdulillah. alhamdulillah. sungguh saya rasa beruntung dapat pergi. walaupun pada awalnya ada secebis rasa tak nak.


kisah saya ni sebenarnya mengandungi banyak hikmah. mereka yang bijak akan sentiasa mengintai hikmah,bukan?

bila segalanya berpaksi kepada Allah, jalannya menjadi terang.

bertemu dan berpisah itu lumrah. tapi bila diniatkan kerana Nya,kesakitan itu kurang.

betapa perlunya bersama dengan orang berfikrah sepanjang perjalanan hidup ini. kenapa? andai tersasar,mereka akan tarik kembali. andai tersalah,mereka akan membetulkan. andai bersedih,mereka akan memujuk dengan penuh hikmah. sungguh,aku bersyukur. terima kasih tak terhingga semua.

dan yang paling penting,dakwah. kenapa kita nak tinggalkan seruan dakwah bila syurga menanti di penghujug laluan kita? ameen.

there still just too many good things that we can take. the rest, is up to you :)




even now, i like LKD Kembara Dakwah a thousand times. or perhaps,infinity!

*kak Nadia. special for you. hehe. siap sudah. fuuh!



bermulanya kembara kami.

kelas mengajar (fardhu ain,membaca,menulis,melukis,BM)
penat bah naik bukit. tumpang kereta !


proses arak tradisional. baru kutahu.
rewang. serious penat n havoc.

mak nangis :(




kelas.


benti tepi jalan untuk amazing shot. haha.
last shot kat SAR.


[video ikhwah.]


[video akhawat.]

0 comments: