CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, January 19, 2012

18th.

Assalamualaikum.


Ehhe. not much to say. other than

THANK YOU!

to each one of you. for real :')



Alhamdulillah,sempat hidup sampai 18 tahun.

Wassalam.

Saturday, January 14, 2012

Adik's homeowrk

Assalamualaikum.


Hari rabu/khamis yang lepas,adik kata dia ada banyak homework.
Saya tengah lipat kain sambil tengok cerita (hehe) kat dalam bilik belajar.
Adik pun buatla homework dia kat atas meja,saya pula lipat sambil tengok cerita.

Part lawak. saya gelak.

"Kak su...! diamlah sikit,adik nak buat kerja ni...!"

sheesh. "ok,ok. kak su pakai headphone."

Saya sambung tengok sambil lipat. Dia sambung buat homework.

Part lawak lagi. saya gelak lagi.

"Kak su....!! kalau kak su bising macam mana adik nak buat kerja! "

cet. "ok,ok. sori,sori. kak su diam. tak ketawa dah." sheesh.

So,lepas tu saya memang tahan gelak bila ada part lawak -_-'

"Yeay,adik dah siap dua kerja!"

ceh. ingatkan banyak sangat. dia mungkin teruja kot 1st time dapat homework sekolah rendah.

Tuesday, January 10, 2012

outdoor.r2s2.

Assalamualaikum.


Kelmarin baru balik dari camping kat Gunung Ledang. 1st program untuk R2S2.
Disebabkan angin yang sangat kuat,kami tak dapat naik gunung. Tukar dengan jungle treckking yang mencabar. Resort = palang. huhu.

Overall,program ni memang superb. Rasanya tak pernah lagi sakit satu badan gi camping sebelum ni. Belajar sangat banyak benda (of course).

Satu perkara yang tak pernah terlintas kat fikiran untuk berlaku dalam hidup terjadi masa malam kedua.

Peserta perempuan hanya dibahagi kepada dua kumpulan. Pada malam tersebut,setiap kumpulan diberi hanya 15 minit untuk berbincang tentang persembahan yang akan diadakan selepas itu.

Setelah kedua-dua kumpulan buat persembahan,giliran fesi pula membuat persembahan. Setelah itu, Umi Cu (pengarah program) kata dia akn panggil sorang untuk buat persembahan. Semua orang dah gelabah sikit. 'sorang-sorang je? aiihh..'

Lepas tu umi Cu pun buat persembahan. hehe, Umi Cu sporting habis! Lepas tu Umi Cu pun amik reg form,tengok nama semua orang.

"ok,orang yang akan membuat persembahan ialah nama yang ke-12. Haa...siapa yang masa tulis tadi no.12?"

'Hu? alamak. Aku tulis no.12 ke 13 tadi? adeh.'

"Ok,nama dia..."

"nanti Umi Cu. Baca i/c dia. Haa..baca dari belakang." (salah seorang fesi)

"Hehe. baiklah,i/c dia dari belakang.. 8.. *.. *...*.... [sampai habis]"

'Alamak,aku nak kena bangun ke ni?'

"Haa...siapa punya i/c tu?"

*angkat tangan.

"Ok,nama siapa?"

"Fitriyyah."

"Dipersilakan Fitriyyah untuk buat persembahan.....hehe"

Aku dah gelabah. Tapi still berdiri dan gerak ke depan. Adui...nak buat persembahan apa ni?!

So,kawan kawan pun bagi cadangan untuk tolong.

"Kawad!"
"Lagu KRS!"
"Pattern,pattern!"

paling tak leh handle ;

"Mr.Taxi!"

=_='

so,dalam keadaan gelabah untuk fikir,saya rasa saya boleh buat satu benda je ; BASED.

huhu. Ada fesi kata boleh ajak sorang teman. So,Khadijah diajak. Alang-alang ada 2 orang,kami buat elak guna masa PRINT hari tu.

Fuuhh! selesai sudah persembahan ntah pape tu. Tak berapa nak menjadi sebab tak ingat sangat step n gelabah. T_T

Lepas tu Umi Cu cakap ada hadiah nak bagi saya. he? nak kena bagi ke? x yahlah...

"Ok,hadiah boleh masuk sekarang."

serentak hadiah masuk,orang sekeliling nyanyi ;

"Allah selamatkan kamu.....Allah selamatkan kamu..."

HU?!~

Diam.
Muka tak tahu dah jadi bentuk apa.

"Tapi kak,birthday ana lambat lagi."
akak bawak kek tu cakap,
"takpe. sambut awal. hehe."

thanks,Kak Hajar.

T__T terharu je. Zillion of thank you to each person that've been there.
Sebelum ni,masa sekolah mana sempat orang nak buat apa-apa. Yelah,awal sekolah. Lepas tu tak kanlah nak bagitahu orang kot birthday. Huhu.

Again,lots of thank you! take it as the stars.

Wassalam.


Thursday, January 5, 2012

Adik: 2nd day,1st time.



Assalamualaikum.

Semalam adik 2nd day di sekolah rendah tapi 1st time balik naik bas. Hari pertama tu umi suruh amik dia. Akibatnya,dia ngamuk nak naik bas. -_-'


Saya dengan kak cik sampai nak dekat 1.30 sebab umi suruh datang awal,takut bas datang awal. Saya pun lintas jalan dan masuk je perkarangan sekolah,nampak adik. Dia tengah tunggu kat pondok guard.


"Kak su,tu ke bas adik?" sambil tunjuk dekat Sabar 2.
"Bukan."

Dia pun sambung main dengan kawan. Pastu datang balik.

"Kak su,tu ke?" sambil tunjuk Sabar 3/4. tak ingat.
"Bukan."
"Nanti kak su panggil adik,tau."
"Ye.Jangan gi jauh."

Pastu dia lesap pergi sebalik bangunan.

Tetiba dia muncul dan dari jauh dia tunjuk2 dekat bas yang sama tadi.
Saya geleng.
Dia gi main sebalik bangunan lagi.
Dia muncul balik. Tunjuk2 lagi dari jauh.
Saya geleng lagi.

Haiihh.... asyik tanya bas yang sama je. Dia tengah excited t
api takut. Pagi tu dia ada cakap kat umi. "umi. Nanti tengok tau adik naik bas. Nanti adik gi tempat lain pulak."

Lama lepas tu tahap 2 dah habis solat.Derang kena beratur ikut bas kat bawah. Saya suruh adik dengan kawan dia pergi.

Lama lepas tu Pak Din 4 sampai. Saya cari2 barisan budak yang naik Pak Din 4 tapi tak jumpa. cari punya cari tetiba adik ada kat depan. huh?
"Kak su,mana bas adik ni? yang tu ke?" Muka dah gelabah.
"Adik gi turun bawah,beratur."
"Kak su,yang tu ke? Yang mana ni?" Muka dah kelat.
"Ok,ok. Adik gi beratur, kak su gi tanya jap."

Lepas confirm adik naik bas tu,saya gi balik tempat saya berdiri tadi. Tengok ada ustazah suruh adik beratur kat bawah. Adik cakap macam gagap sikit pastu tak jelas. Muka memang macam dah nak nangis.

"Oh,adik nt ke?"
"Ha'a,ustazah. *senyum* Adik,gi beratur. Adik naik Pak Din 4,tau."
"Kak su naik sekali,kan?" Muka dah gelabah.
"Kak su tak naik la dik."
Tetibe ternampak Sufi. Jiran,darjah 4/5.
"Haa...Sufi. Tolong jaga Faisol,ea."
"Ha." Terus amik adik beratur depan dia.
Hehe. terima kasih ye,Sufi.

Saya pesan kat adik nanti cakap kat pakcik turun kat Jln Sejahtera 19.
Bila dah nak naik bas tu adik datang kat saya.
"Kak su jalan ape dah?" Muka macam cuak.

Bila adik naik,saya nampak dia lama kat pakcik tu. Bagitahu jalan. Saya rasa dia tengah gagap pastu asyik ulang perkataan. Haha. Adik,adik.

Yang bagusnya adik ni,kawan dia lain semua baju dah terkeluar,memang serabai la jugak. Tapi dia still smart,tuck in macam masa nak gi sekolah. huhu.


Adik dan kawan tengah tunggu bas.Depan saya -_-'

Muka gelabah nak naik bas.




Itu dia budak smart. Kemas lagi,bukan? Maaflah. kualiti gambar kurang. Phone saya biasa-biasa je. huhu.

Wassalam.