CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, December 30, 2011

new life ;)

Assalamualaikum.


memandangkan esok sudah masuk tahun baru,saya nak flashback hidup saya sepanjang menjadi high schooler.

2007 - Form 1

oh,tahun paling ntah pape dalam hidup. mengarut je semua benda. semua benda nak main-main. alamatnya,menyesal tak sudah. tahun ni jugak tahun saya jadi budak nakal -_-' memang nakal sangat tapi best sebab terlepas. hehe.

2008 - Form 2

saya sudah bertaubat T_T tak nak dah jadi nakal. pada hari kedua/ketiga sekolah,kaki tiba-tiba bergerak ke bilik guru dan meminta untuk masuk tahfiz! saya betul-betul rasa macam ada orang kawal saya waktu tu. Alhamdulillah,saya dapat masuk. Pada tahun ini juga saya mengenal erti ukhuwwah yang sebenar. Thanks, friends!

2009 - Form 3

Saya dah keluar dari tahfiz. untuk fokus PMR katanya. umi kata,next year nak masuk tahfiz balik,boleh. woo. saya reject awal-awal. hidup sangat terumbang-ambing waktu tu. Tahun ni,saya sedar tahap kebergantungan dan usaha saya macam mana. Alamatnya,PMR saya jadi begitu. Saya sedar itu salah saya sendiri. Pada tahun ini juga saya mengalami ketakutan yang luar biasa. Tak leh duduk sorang walau sekejap,setiap hari terbangun antara pukul 3-4 pagi sampai satu hari tu saya terbangun setiap 10 minit! Tapi nasib baik perkara ni hanya selama 2/3 bulan. Bagaimana dan kenapa,panjang lebar pulak jadinya nanti. Pendek kata,ada seorang kawan saya turut sama-sama mengalaminya. Kami saling menguatkan antara satu sama lain kerana orang lain tak mungkin faham apa yang kami rasa waktu tu.. Thanks,you!

2010 - Form 4

ouh. tahun paling hectic! rasa macam tak cukup tanah untuk berlari. tak cukup udara untuk bernafas. sentiasa berkejaran dengan masa. jadul kerja penuh dengan aktiviti sekolah. saya sangat susah untuk seimbangkan antara pelajaran dan kerja. sangat rasa serba salah dengan semua guru yang mengajar. Tahun ni jugak masalah datang dari setiap penjuru,setiap inci dan setiap ruang yang ada. Sakit bukan kepalang. Dkhianati itu perkara biasa tahun ni. Saya juga mengambil masa setahun ini untuk recover dari down sebab PMR. punyalah lemah sampai setahun baru boleh berdiri semula. Tahun paling banyak mengajar saya erti kehidupan,ukhuwwah dan pengorbanan. Despite the fact that i've been hurt badly, i become the new me. stronger and wiser. Alhamdulillah.

2011 - Form 5

aha! last year that have been waiting for. Memang hidup tahun ni penuh tentang SPM je. of course lah kan. Tapi tahun ni jugak segalanya akan menjadi yang terakhir. Tahun ni perasaan memang bercampur baur. Sayang nak tinggalkan adik-adik,sayang nak tinggalkan sekolah,takut untuk hadapi dunia luar,etc. macam-macam yang difikirkan. Even ada sorang dua kawan dah fikir untuk kahwin -_-' for real. eheh. Tahun yang paling best sebab makin rapat dengan ahli batch. semuanya dilakukan bersama. we strive together. we fall together. We even scared together. haha. setelah lima tahun bersama,sudah tiba masanya untuk kita berpisah. Tapi saya tak menganggap ianya sebagai perpisahan kerana bagi saya, ianya cuma jalan yang dihadapi setiap orang berbeza. masing-masing mengejar cita-cita.


So,that's it. 5 tahun di Sekolah Menengah Islam Hidayah. Semua kenangan yang pahit telah menjadi manis. Yang manis apatah lagi.

Sekarang ni saya sangat takut dan dah rasa berdebar dari sekarang untuk tahu result. What if i didn't get what others have been hoping for? saya akan kecewakan mereka sekali lagi! sungguh saya tak sanggup T_T

Saya mohon untuk mendoakan kami,B13 mendapat yang terbaik dalam hidup kami.

Thanks!

for now,i've been looking forward for my new life ^_^

Wassalam.