CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, March 17, 2011

pulang.

Assalamualikum...


hari ni mereka akan pulang. ^__^

semoga kalian menjadi mujahidah sejati,yang mampu menegakkan Islam di mana kalian berada. My prayer will always be with all of u.

saya tunggu di rumah jelah,ye. hehe.

Wednesday, March 16, 2011

near.



Assalamualaikum.

semalam tak sempat nak post. jika semalam, lagi dua hari. :)



"Bulan cantik sebab cahayanya,bukan?"
"Bagaimana bulan tanpa cahaya?"

"Buruklah. Banyak kawah. Kelabu hodoh."
tersenyum.

"Cahaya bulan,datang dari mana?"

"Matahari.Bulan memantulkan cahaya matahari."

"Ya.Begitulah kita.Islam ibarat matahari.Kita ini hakikatnya buruk.Dengan Islam,kita bersinar unggul."

"Memantulkan cahaya Islam?"
mata membesar.

-novel Matahari,cerpen Bulan.



mereka dah gotong royong,agaknya.
ehe. sehari je tinggal. esok penentu!
Allah pilih yang terbaik,YAKIN!


tetibe teringat dialog ni..

"Ican't leave my man.."

*dialog cerita 'heroes'. si dia berjuang masa perang hingga terkorban kerana selamatkan kawan.

so,as for me..

"I can't leave my girls.."


tapi redha Allah terletak pada ummi.
baik,saya dengar,patuh dan taat.
sori Lina!



promote sikit...


Sahabat. perkataan yang menyentuh hati. Mungkin kerana pernah terluka,saya lebih faham apa itu erti sahabat.


Thanks,cik! for the novel. ^__^

Monday, March 14, 2011

mereka.

Assalamualaikum.



[dia] [saya]

"janganlah risau sangat."
"mana boleh tak risau."
"ok...ok."


"piah jangan nangis,ea."
niatku hanya mengusik.
"mm..kalau bergenang boleh?"
tak sangka. saya hanya tersenyum sambil mengangguk.
tetapi ternyata, dia menangis di luar penglihatanku.


"akak,ana nak nangis."
"nangis jelah...hehe."
"mana boleh..ada banin."
"ok..ok. dalam bas nanti ea.."
"ok..waktu bye-bye nanti akak tengok."

"akak pergilah sekali..."
"ana nak pergi buat apa..."
senyum kelat.

*si dia adalah empat orang yang berbeza.



semua kata-kata tersebut seolah-olah terngiang-ngiang. atau..mungkin hanya di fikiran saya sahaja.

pada hari pertama,hampir setiap jam saya akan fikirkan mereka.

pada hari kedua,kurang tiga jam saya akan teringat mereka.

heih... saya harus belajar melepaskan. akan tiba saatnya saya akan meninggalkan mereka,meninggalkan sekolah. saya harap saya akan cukup kuat untuk menghadapinya.

jujur saya katakan,saat ini saya belum mampu untuk berpisah dengan mereka.

TIME IS A GOOD HEALER.

seiring masa berjalan,saya tahu yang saya akan dapat biasakan diri dengan keadaan yang mendatang. seringkali saya biarkan masa mengubati segala duka.

mereka sedang kuliah/taklimat agaknya.
3 hari lagi...terus BERTAHAN!
:)

"cintaKU berhak untuk orang yang bercinta keranaKU"
(hadis riwayat ahmad)

Sunday, March 13, 2011

rest.

Assalamualaikum.

hectic two weeks. tetap paksa untuk terus melangkah. akhirnya,kemanisan semalam datang bersama hujan kecil. :)

_____________________________

kenapa masih ada yang mempertikaikan perkara kecil?
tak malu ke meminta-minta dan mengadu hanya kerana tidak dapat apa yang dihajati?
tak rasa ke yang DIA belum mahu memberi kerana belum cukup layak untuk mendapatnya?

heih...saya cukup tak faham dengan orang macam tu. kalau macam tulah sikap mereka,secara tak langsungnya mereka sendiri yang menunjukkan bahawa mereka sememangnya belum cukup berkualiti untuk mendepat perkara tarsebut.

live on. bila kita tak dapat sesuatu,anggap jelah belum tiba masanya lagi untuk kita dapat atau kita tak cukup layak untuk dapat. simple,kan? kalau dah set fikiran macam ni awal-awal,tak delah menyusahkan ORANG LAIN. ingat! hidup kat dunia ni bukan sorang-sorang.


Hanya mereka yang tahu,akan merasai dan hanya mereka yang merasai,akan memahami.



what done is done. saya pun tak kuasa nak layan benda kecik macam ni. banyak lagi benda besar yang nak difikirkan. cuma satu pesan saya pada mereka, JANGAN SUSAHKAN ORANG LAIN!

_____________________________________

jundi-jundi tengah pasang khemah agaknya,ya? :)
waiting for you guys,patiently.
4 days to go... KUAT!


Ya Allah,
sungguh aku sayang mereka hanya keranaMU.
Maka ya Allah,kekalkanlah rasa ini hingga ke syurga.
Ameen,ya Rabb.