CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, December 15, 2010

kalau..kalau..

Assalamualikum.


Bismillah..

tadi blogwalking dan terjumpa jawapan pada persoalan yang dah lama ditinggalkan.

"...Jika terjadi sesuatu kepadamu, jangan katakan, 'Kalau aku berbuat, maka terjadi ini dan itu.' Tapi katakan, 'Allah telah menakdirkan. Apa sahaja yang dia kehendaki, maka Dia kerjakan.' Kerana kata 'kalau' itu membuka ruang kepada amal Syaitan."
(Hadith Sahih riwayat Imam Muslim)


seringkali bila cakap kalau,akan ada sahabat yang mengingatkan dengan berkata
"jangan cakap kalau...tu bahasa syaitan."
hati masih tak puas sekelumit tapi tetap menurut nasihat si sahabat.

Demi menyedapkan hati,akal mula berfikir..
"mungkin sebab syaitan kalau hasut selalu cakap 'kalau kau buat ni....' .."

*sumber fikiran dari bacaan majalah Asuh.

Dan Alhamdulillah,sekali lagi,jawapannya sudah kutemui. :)

Wassalam.

0 comments: