CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, December 22, 2010

end.


Assalamualaikum...

Saya rasa lepas ni kemungkinan besar dah tak sempat nak post. So, better post sekarang je.

Hari ni first day kelas tambahan. over all,not bad. cuma seriously macam dah tak reti nak pakai tudung bulat. memang asyik herot-berot je tudung. -_-'

soon,saya akan masuk asrama. yeah...persediaan SPM. saya gagal kawal diri duduk rumah. ada je penghalang untuk belajar. tapi penghalang terbesar semestinya diri sendiri T_T

as kak lang said,
"buat ape duk asrama,banyak sakit je."

yeah...memang banyak 'kesakitan' yang kena lalui dengan tabah kalau duk asrama ni. tahu sebab dah pernah duduk sem2 2009. after the rain,there's come the rainbow. tapi saya masih takut kalau saya masih tak jumpa pelangi selepas hujan lebat. :(


and kak long said:
"su,sayang tau kalau duk asrama.nanti lepas ni masuk kolej/matrix,universiti,kawen.haa bila je boleh duk rumah."

hmm.dia cakap gitu since awal tahun 2010 lagi. and i knew she said that because she felt it.. tapi saya rasa kalau saya duk asrama akan lebih berdisiplin. biarlah penat macam mana pun...dah namanya pun pelajar,kan? sori,long. my bad.



realitinya,tak sampai setahun saya akan tinggalkan sekolah. rasa tak sabar but in the same time,i'm scared. huh. perasaan yang normal,kan?

daa net. i'm off.

*family day 24-26 Dec 2010.
excitedly can't wait! >__<
hope i'm no looser this time T__T

Wassalam.

Wednesday, December 15, 2010

kalau..kalau..

Assalamualikum.


Bismillah..

tadi blogwalking dan terjumpa jawapan pada persoalan yang dah lama ditinggalkan.

"...Jika terjadi sesuatu kepadamu, jangan katakan, 'Kalau aku berbuat, maka terjadi ini dan itu.' Tapi katakan, 'Allah telah menakdirkan. Apa sahaja yang dia kehendaki, maka Dia kerjakan.' Kerana kata 'kalau' itu membuka ruang kepada amal Syaitan."
(Hadith Sahih riwayat Imam Muslim)


seringkali bila cakap kalau,akan ada sahabat yang mengingatkan dengan berkata
"jangan cakap kalau...tu bahasa syaitan."
hati masih tak puas sekelumit tapi tetap menurut nasihat si sahabat.

Demi menyedapkan hati,akal mula berfikir..
"mungkin sebab syaitan kalau hasut selalu cakap 'kalau kau buat ni....' .."

*sumber fikiran dari bacaan majalah Asuh.

Dan Alhamdulillah,sekali lagi,jawapannya sudah kutemui. :)

Wassalam.

Saturday, December 4, 2010

novel :)



Assalamualikum.

semalam tengok-tengok novel english yang nak dibeli. lastly,ade 3 novel yang berkenan tapi nak beli satu je.

so mintak abah datang pilihkan.

1. Radiance.

tak ingat sangat pasal apa tapi yang pasti ayat last sinopsis dia

'i knew that i died a year ago.'

"ni apa ni dah mati nak tulis..blaa..blaa.."

2. Numbers.

mungkin ramai yang dah tahu yang orang ni dia boleh nampak tarikh mati setiap orang kat dahi. tapi buku ni pasal dia nampak ramai orang ada tarikh mati yang sama. might something big gonna happen.

"mana boleh tahu mati...mengarut je..bla..bla.."

3. closer.

cerita dia lebih kurang macam harry potter.

"ni cerita,kan? ok lah daripada yang lagi dua tu ..bla...bla..."

hehe. tak sangka abah ni rupanya akan membebel jugak. dan abah sememangnya jaga anak-anaknya dari setiap sudut. hatta novel pun dia ambil kira.terima kasih,abah.

sebagai anak yang taat,closer menjadi pilihan :)



hari ni pergi ikut ummi sebab iki nak beli buku. tetibe teringat Atiqah ada promote novel waktu nadwah. ok,mula-mula memang tak nak caya yang buku tu best. tapi tetibe hati tergerak untuk mencari dan terus membeliya WITHOUT HESITATION.

*ni cover kat indon.


hmm..pelik. tapi Allah jualah yang mampu membolak-balikkan hati.

moga novel ini memberi manfaat kepadaku.

Wassalam.

Thursday, December 2, 2010

adik.

Assalamualaikum.




petang semalam,adik tiba-tiba datang menghampiri pastu dia amik penanda buku.

"kak su, ni apa?"

sambil melihat di tangannya,

"oh,ni penanda ..."

tanpa menyebut ayat terakhir ialah buku,saya terus sambung membaca.

"oo..maknanya kalau nak b***k letak benda ni,ea?"

terkesima.

"HAHAHA!!!"

itulah budak-budak.telus.tanpa mengira sebab dan akibat,dia akan bagitahu dan melakukan apa yang terlintas di fikiran. Ye,budak-budak selalunya jujur. tetapi itu mungkin kerana mereka tidak cukup bijak lagi untuk menipu. sebagai bukti..

Pada suatu pagi..

"Adik...adik dah mandi belum?"

"Dah.." *dengan muka bajetnya.

"oh..ye? siapa mandikan?"

"Adik mandi sendirilah."

"he? tapi adik pendek. shower tu tinggi.... hmm..."

"hehe.."

"Pergi mandi sekarang!"

___________________________________________________

Adik,jadilah jundullah yang bertakwa.

Sungguh,saya sangat tertarik dengan rijaluddakwah.maksud saya,perkataan itu.

Wassalam.