CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, October 29, 2010

story to share

Assalamualaikum.


Tadi tengok-tengok iluvislam.
Jumpa artikel tentang panduan memilih jodoh.
Tapi saya rasa nak kongsi cerita lain.
Walaupun saya tahu..ramai banat form4 nak tahu pasal artikel yang pertama,kan.

"begin with the end in mind."


Kisah seorang lelaki tua dan tiga anaknya.

Di sebuah kampung tinggal seorang lelaki tua yg sudah bertahun-tahun kematian isteri. Dengan arwah isterinya itu dulu dia dikurniakan tiga orang anak lelaki.

Semuanya sudah remaja. Anak pertama bernama Anis, kedua bernama Harben dan ketiga bernama Amsal. Akan ketiga-tiga ini yang paling disayangi ialah Harben.

Sayangnya dengan Harben langsung tidak diberinya keluar rumah. Si polan ini sayang juga dengan Anis.

Kadang-kadang dibawanya juga keluar rumah, ke pekan, ke penambang (jetty) dan ke sekitar kampung.

Almaklum anak yang ketiga iaitu Amsal kadang-kadang langsung tak diendahnya..jadi merayau-rayau lah si anak ini ke sekitar kampung dan sampai ke pulau seberang. Kurus kering badannya kerana jarang diberimakan.

Hendak dijadikan cerita, suatu hari yang mendung raja yang memerintah kampung itu dari pulau seberang telah memanggil si polan ini pergi mengadap.

Susah hati lah si polan ini sebab badannya sudah tua, terpaksa pulak mengayuh selat nak ke pulau tersebut. Lagi pula musykil hatinya. Apa yang dimahukan si Raja itu.

Maka dipanggilnya si Harben."Harben, tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?"

Apa yang dijawab Harben? "Minta maaf lah ayah.

Masalahnya Harben tak pernah keluar rumah jadi macamana Harben nak hantar ayah ke sana sebab Harben tak tahu jalan.

Kalau mahu, Harben hantar sampai depan pintu saja lah, ye ayah?"Mendengar jawapan si Harben sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya tidak boleh diharap. "Baiklah kalau begitu" jawabnya sedih.

Dipanggilnya pula si Anis."Anis, tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?" Apa yangdijawab Anis? "Minta maaf lah ayah.

Masalahnya Anis tak pernah keluar dari kampung ni jadi macamana Anis nak hantar ayah ke sana sebab Anis tak tahu jalan.

Kalau mahu, Anis hantar sampai hujung kampung sajalah, ye ayah?"

Mendengar jawapan si Anis itu sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya ini pun tidak boleh diharap juga.

"Baiklah kalau begitu"jawabnya sedih. Dipanggilnya pula si Amsal.

"Hei Amsal,tolong hantar ayah ke pulau seberang..

Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap.." Lalu Amsal menjawab, "Baiklah ayah" tanpa sebarang alasan.

Menyesallah dihatinya keranatidak menyayangi anaknya Amsal akan tetapi dia sanggup melakukan apa saja untuk ayahnya.

Lalu pergilah si polan mengadap Raja. Harben menghantar di pintu pagar rumah, Anis menghantar sampai ke penambang dan si Amsal mengikut ayahnya mengayuh kolek.

Sedang mengayuh itu, tidak semena-mena ribut melanda dan hujan lebat pun turun.

Terkial-kiallah mereka mengayuh dan disebabkan si polan yang dah tua dan si Amsal yang kurus kering karamlah mereka berdua terkubur di lautan.

Moral: Adapun anak-anak si polan ini ialah sebenarnya kehidupan lelaki tua ini.

Harben ialah HARTA-BENDA,Anis ialah ANAK-ISTERI, danAmsal ialah AMAL-SOLEH.

Lazimnya manusia sayang kepada Harben dan Anis tapi tidak pada Amsal.

Di mana bila manusia itu mati iaitu pulang kerahmatullah (mengadap Raja) yang dapat dibawanya hanyalah Amsal.

Harben tinggal dipintu pagar dan Anis tinggal di penambang (di tepi kubur).

Oleh itu dalam kita mengejar cita-cita di dunia ni jangan lah lupa dgn akhirat dan rukun Islam yang lima .

END.

mungkin anda mahu membaca sendiri?

setiap perkara yang terjadi,ada sebabnya.
kitalah yang perlu mengintai dan mencari,
hikmah yang tersembunyi.

back to qurantine mood. >_<'

Wassalam.

Monday, October 25, 2010

Final exam!


Assalamualikum...

first day had passed.
3 papers had passed.
Alhamdulillah..

still about 10 days and 22 papers waiting to be written (including KRS)


I've been forgetful lately.

risau macam mana nak jawab periksa.

saya harap triple rajin bersama saya sepanjang dua minggu lebih ni dan sampai SPM!

saya tak nak jadi macam sebelum ni.

sakit.

banyak faktor kenapa benda tu jadi.

dan saya akan cuba mengambil langkah paling berjaga-jaga agar tidak berulang dua kali.


Wassalam.


Saturday, October 16, 2010

-_-

Assalamualaikum...

Time is a great healer.


Kamu tahu?

berapa lama hati ini sakit?

ye,mesti kamu tak tahu. sebab saya tak pernah bagitahu.

saya akan cuba bertahan selagi mampu.

tapi.. saya kan manusia juga. punya PERASAAN!

saya simpan rasa tu kerana tak nak keruhkan lagi keadaan.

bagi saya tu semua hal kecik!

tak terbanding dengan ukhuwwah kita selama ni.

saya harap kamu faham.

silent doesn't means nothing.


hairan.

manusia kerap kali tak boleh menerima kesalahan dan kelemahan orang lain.

kenapa?!

i've had enough.


please,saya harap tiada lagi pemendaman hati.

sakitnya tak tertanggung.

sekarang pun belum pulih sepenuhnya.

tapi alhamdulillah,segalanya sudah selesai. *muka lega dan tenang.

post ini bukan kerana kamu,atau kamu.

juga bukan kerana marah atau dendam.

masih juga bukan kerana ketidak luahan hati..

tetapi kerana saya.

saya sedang belajar untuk luahkan perasaan. ;)

ouh,bukan sesuatu yang mudah bagi saya.



konklusi,
sebelum buat and even berfikir sesuatu,selidik dulu.

kita lebih percaya kawan atau rumor?
-sesuatu yang masih ramai orang keliru,mungkin.

Aku tidak sempurna.
kerana itu,
aku perlukan kau untuk
membantu aku.

tapi saya tahu,mesti ada silap saya juga.
Maaf... :)


Wassalam.

*segalanya sudah selesai. saya dalam proses melupakannya.
memory failed. ini kali terakhir saya akan berkata tentang hal ini. promise to myself.

*benar,apabila kamu redha dengan ketentuanNYA,kamu akan mendapati terdapat kemanisan di situ.

uhibbuki fillah,eternally.(credits to all my friend)

heya,rasenya ni macam satu-satunya post pasal perasaan. duhh~

Monday, October 11, 2010

hari yang tenang :)

Assalamualaikum.

36 daripada 105.

orang yang datang ke sekolah hari ini.

Moga kamu-kamu yang lain lebih kuat.

Wassalam.


p/s : Mukhayyam form4 superb!

Saturday, October 2, 2010

credit to Anisa

Asslamualaikum...

Terima kasih kepada kamu,
saya rasa terpanggil untuk melarikan jejari
untuk menghasilkan post ini ;)


2 Islah 2008.

Memang sangat banyak kenangan.
Rindu sangat sampai tak boleh nak describe macam mana tahap rindu dia.. T_T

Ana masuk kelas ni 16 Januari 2008.
Sebenarnya serious tak tahu macam mana boleh tetiba nak masuk.
Ada orang kata sebab Farhana.
Haha... sebenarnya bukan sebab dia.
Allah gerakkan hati kot.. :)

Dan Alhamdulillah,
DIA kurniakan ana sahabat yang sangat hebat,loving,caring,sweet,gila-gila,and so on...(nanti ade yang terlebih perasan,susah)


Ingatkah kalian....

Jamuan Ustaz Hafiz.

Waktu ni kesian dekat Anisa dengan Farahin. Penat2 je berlakon kat ustaz yang kelas tengah gaduh. Ustaz pun dah percaya and expect macam tengah serious je gaduh pasal baju :P .Dengan pantasnya mereka berjalan menuju ke kelas.

Dalam kelas...semua orang dah lama standby nak cakap 'surprise' ramai-ramai.
tapi sebab lama sangat tunggu,semua orang dah start berbual sakan.

Tiba-tiba,
Pintu terbuka..
Ustaz terdiam tengok meja,kerusi dan even kami pun dalam keadaan tersusun dan tak gaduh pun!
semua terdiam.

ss...sss...ssss.....ssurprise!!




Kesimpulannya,sentiasa aware!


Iftar.

Perkara yang paling tak patut buat kat taman permainan perumahan.
Bermain sakan sampai terlupa tengah puasa and ade orang tengok pastu cakap dekat mak Hafidzah. >_<>

mana satu yang menang? x ingat..


Anisa kejam . . . -_-



*gambar tak ikut turutan.maaf.


Kem Pemantapan Tahfiz.


paling macam2 perangai waktu ni. 2 minggu awal,hampir semua orang moody. . nampak sangat x ikhlas -_- (ye,termasuk diri sendiri) Malam-malam mesti ada Islahfm.. celoteh DJ yang paling bingit :D

Dan paling x boleh dilupakan...
Main night walk dekat musolla. *_*
ok..fullstop.

Malam terakhir = muhasabah.
paling mengharukan. nyanyi menangislah di bahuku ramai-ramai.
T_T

Dan,ni kem yang pertama dan terakhir bersama mereka.


pendamping paling setia. ;)




Jamuan Akhir Tahun.

Dekat rumah Aina. Spaghetti dan kek yang sedap.. terima kasih :)

Lepas makan,ramai-ramai gi Angsana.

Ada orang sayang duit sampai sanggup bagi ___ dekat driver teksi tu.
ok,tak pe. no biggie (masa tu tak)

Tapi dalam perjalanan ke Angsana,banyak kejadian aneh berlaku.

1. enjin kereta tepi jalan terbakar.
dahlah tepat2 waktu lalu kereta tu. semua lari beretempiaran. haha~ x membantu langsung. siap ada yang jerit "Api! APi!".

2. trolley banyak2 jatuh dekat escalator.
nasib baik x turun lagi. pergi kedai Bata dulu. ada pompuan kena langgar dengan trolley2 tu.

3. perempuan mengandung,pakai seluar dah nak bersalin dalam surau.
nurse dengan suami dia pon ada sekali dalam tu. 0_o tapi lepas tu mereka ke hospital. x bersalin dekat situ pun.


Penat pusing2,makan lagi sekali dekat atas. Bakso! :D








EnD.


Sahabat sekalian,
terima kasih kerana telah memberi saya memori terindah. :)
moga kita reunion kembali bukan saja di dunia..
tetapi juga di Syurga.

Uhibbuki Fillah. Eternally.

Farahin....kamu jangan terkecil dan jelous ye. kalau kamu post pasal kami,
saya post pasal kamu. :D

Juga untuk masa form1,3 and 4..
jangan berkecil hati ye.
sekarang tengah terpanggil nak tulis pasal Islah.

p/s:
Happy 16th Birthday Dalila!