CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, December 22, 2010

end.


Assalamualaikum...

Saya rasa lepas ni kemungkinan besar dah tak sempat nak post. So, better post sekarang je.

Hari ni first day kelas tambahan. over all,not bad. cuma seriously macam dah tak reti nak pakai tudung bulat. memang asyik herot-berot je tudung. -_-'

soon,saya akan masuk asrama. yeah...persediaan SPM. saya gagal kawal diri duduk rumah. ada je penghalang untuk belajar. tapi penghalang terbesar semestinya diri sendiri T_T

as kak lang said,
"buat ape duk asrama,banyak sakit je."

yeah...memang banyak 'kesakitan' yang kena lalui dengan tabah kalau duk asrama ni. tahu sebab dah pernah duduk sem2 2009. after the rain,there's come the rainbow. tapi saya masih takut kalau saya masih tak jumpa pelangi selepas hujan lebat. :(


and kak long said:
"su,sayang tau kalau duk asrama.nanti lepas ni masuk kolej/matrix,universiti,kawen.haa bila je boleh duk rumah."

hmm.dia cakap gitu since awal tahun 2010 lagi. and i knew she said that because she felt it.. tapi saya rasa kalau saya duk asrama akan lebih berdisiplin. biarlah penat macam mana pun...dah namanya pun pelajar,kan? sori,long. my bad.



realitinya,tak sampai setahun saya akan tinggalkan sekolah. rasa tak sabar but in the same time,i'm scared. huh. perasaan yang normal,kan?

daa net. i'm off.

*family day 24-26 Dec 2010.
excitedly can't wait! >__<
hope i'm no looser this time T__T

Wassalam.

Wednesday, December 15, 2010

kalau..kalau..

Assalamualikum.


Bismillah..

tadi blogwalking dan terjumpa jawapan pada persoalan yang dah lama ditinggalkan.

"...Jika terjadi sesuatu kepadamu, jangan katakan, 'Kalau aku berbuat, maka terjadi ini dan itu.' Tapi katakan, 'Allah telah menakdirkan. Apa sahaja yang dia kehendaki, maka Dia kerjakan.' Kerana kata 'kalau' itu membuka ruang kepada amal Syaitan."
(Hadith Sahih riwayat Imam Muslim)


seringkali bila cakap kalau,akan ada sahabat yang mengingatkan dengan berkata
"jangan cakap kalau...tu bahasa syaitan."
hati masih tak puas sekelumit tapi tetap menurut nasihat si sahabat.

Demi menyedapkan hati,akal mula berfikir..
"mungkin sebab syaitan kalau hasut selalu cakap 'kalau kau buat ni....' .."

*sumber fikiran dari bacaan majalah Asuh.

Dan Alhamdulillah,sekali lagi,jawapannya sudah kutemui. :)

Wassalam.

Saturday, December 4, 2010

novel :)



Assalamualikum.

semalam tengok-tengok novel english yang nak dibeli. lastly,ade 3 novel yang berkenan tapi nak beli satu je.

so mintak abah datang pilihkan.

1. Radiance.

tak ingat sangat pasal apa tapi yang pasti ayat last sinopsis dia

'i knew that i died a year ago.'

"ni apa ni dah mati nak tulis..blaa..blaa.."

2. Numbers.

mungkin ramai yang dah tahu yang orang ni dia boleh nampak tarikh mati setiap orang kat dahi. tapi buku ni pasal dia nampak ramai orang ada tarikh mati yang sama. might something big gonna happen.

"mana boleh tahu mati...mengarut je..bla..bla.."

3. closer.

cerita dia lebih kurang macam harry potter.

"ni cerita,kan? ok lah daripada yang lagi dua tu ..bla...bla..."

hehe. tak sangka abah ni rupanya akan membebel jugak. dan abah sememangnya jaga anak-anaknya dari setiap sudut. hatta novel pun dia ambil kira.terima kasih,abah.

sebagai anak yang taat,closer menjadi pilihan :)



hari ni pergi ikut ummi sebab iki nak beli buku. tetibe teringat Atiqah ada promote novel waktu nadwah. ok,mula-mula memang tak nak caya yang buku tu best. tapi tetibe hati tergerak untuk mencari dan terus membeliya WITHOUT HESITATION.

*ni cover kat indon.


hmm..pelik. tapi Allah jualah yang mampu membolak-balikkan hati.

moga novel ini memberi manfaat kepadaku.

Wassalam.

Thursday, December 2, 2010

adik.

Assalamualaikum.




petang semalam,adik tiba-tiba datang menghampiri pastu dia amik penanda buku.

"kak su, ni apa?"

sambil melihat di tangannya,

"oh,ni penanda ..."

tanpa menyebut ayat terakhir ialah buku,saya terus sambung membaca.

"oo..maknanya kalau nak b***k letak benda ni,ea?"

terkesima.

"HAHAHA!!!"

itulah budak-budak.telus.tanpa mengira sebab dan akibat,dia akan bagitahu dan melakukan apa yang terlintas di fikiran. Ye,budak-budak selalunya jujur. tetapi itu mungkin kerana mereka tidak cukup bijak lagi untuk menipu. sebagai bukti..

Pada suatu pagi..

"Adik...adik dah mandi belum?"

"Dah.." *dengan muka bajetnya.

"oh..ye? siapa mandikan?"

"Adik mandi sendirilah."

"he? tapi adik pendek. shower tu tinggi.... hmm..."

"hehe.."

"Pergi mandi sekarang!"

___________________________________________________

Adik,jadilah jundullah yang bertakwa.

Sungguh,saya sangat tertarik dengan rijaluddakwah.maksud saya,perkataan itu.

Wassalam.

Thursday, November 25, 2010

cinta kami.

Assalamualaikum..

Dengan namaNYa yang agung,saya mulakan.



Forum MPP.
Dia seorang diri mara ke hadapan.Saat dia berpaling memandang kami,automatik tangan-tangan kami terangkat memberi semangat secara bisu. Dia tersenyum. Kami lega. Satu tanda yang dia sudah tenang,mungkin. ;)

Pidato.
Rasa sungguh tak mampu sebab memang tak boleh nak berkata di khayalak ramai. Saat2 akhir sebelum pidato,rasa untuk menarik diri semakin kuat. Namun,sokongan semua orang menguatkan. Sangat rasa kemanisan di situ. Lantas,dengan kekuatan yang baru,bicara dimulakan.Walaupun sangat rasa tak bagus dan malu dengan apa yang dikatakan...sahabat2 memujuk.Kemanisan bertambah.

Dan ini, langkah pertamaku untuk menjadi diri yang baru.Insya-Allah.


Maher Zain-'Insya Allah' dan 'Thank You Allah' berkumandang.
Saat sebelum para calon MPP Musleh ke depan. Mata berair. Tanpa kutahu sebab yang kukuh.

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

mungkin tersentuh dengan liriknya yang amat bertepatan dengan keadaan waktu tu. Dengan langkah yang berani,dia mara ke depan. Yakinlah sahabat!


MPP Musleh.
Kamu hebat. Kami percaya akan kebolehan kamu untuk menggerakkan ummah.Kerana itu,kami memilih kamu. Percayalah akan kebolehanmu. Teruslah ke hadapan,sahabat...kerana kami sentiasa berada di belakangmu untuk menyokong mu. :)

Tiba di stesen.
Kami lihat kalian dari jauh. Lantas datang bersalam dan berpelukan. Aneh...tak sampai sejam (kot) dah rindu.

Jalan-jalan.
Mungkin lebih sesuai digelar 'Amazing race' *ikut gaya mayo dan shibak.
Walaupun mungkin berseronok dan bergembira,dalam hati tetap terasa kehilangan yang besar.

Dan malam itu,hujan mengiringi perpisahan kami.

Sungguh,kali ini mungkin pertama kali saya merasakan halawatul iman. Ukhuwwah atas dasar keimanan sangat manis.

moga-moga dengan usaha yang sedikit,
disusuli dengan niat yang ikhlas,
kita semua mendapat syafaat,rahmat dah hidayah dariNYA.

Ameen.

Allah, I wanna thank You
I wanna thank you for all the things that you've done
You've done for me through all my years I've been lost
You guided me from all the ways that were wrong
Indeed you give me hope

Wassalam~

Tuesday, November 16, 2010

Formspring

Assalamualaikum.


tak tahu macam mana terdetik nak buat.

mungkin sudah sampai seru ;)

dakwah banyak cara semestinya.

Moga Allah bersama dalam setiap langkahku.
Bukan. bukan Allah yang tidak bersama.
Tetapi diri sendiri yang menjauh.

ya Allah... jangan biarkan aku jauh dariMu.

_____________________________________________

masa kem,ada sorang sahabat ni selalu nyanyi lagu terima kasih guru. jadi suka pulak. tapi..versi dia lagi best sebab dia dah modified. haha~


salam eid adha.

Wassalam.


Saturday, November 13, 2010

kem qiyadah

Assalamualaikum.


Alhamdulillah,alhamdulillah kerana diberi peluang untuk menyertainya.

Kem ni banyak menjelaskan lagi kepada kami akan tanggungjawab.
Dan sungguh,manusia memang harus selalu diperingatkan.

Saya belajar sangat BANYAK benda.
Dan setiap perkara semakin jelas pada penglihatan saya.
Dan saya juga baru tahu rukun baiah. terasa kerdil dan jahil je T__T

Terima kasih yang tak terhingga kepada uztaz,ustazah dan para fasi.
Tanpa kalian,tidak mungkin kami mendapat ilmu yang diberikan.

Maaf.Maaf andai kami tidak seperti yang diharapkan.
Insya-Allah,kami akan mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari pada tahun depan.
Doakan yang terbaik untuk kami,ye.
Kami ingin sangat menjayakan transformasi hidayah.

Juga terima kasih kepada pemberi nota cinta. :)
Sungguh,tanpa kamu memberitahu,tidak mungkin saya tahu kesalahan saya.
we're no angel,right? tentu saja ada kelemahan.

Qiyadah sayang,kita memang tidak boleh capai tahap kesempurnaan.
Tetapi kita boleh menjadi yang terbaik,bukan?

Moga semangat yang kita ada lepas kem ni kekal sampai kita kembali bertugas tahun depan. err. walaupun ,macam mustahil tapi kita kena saling ingat-mengingatkan. dengan itu, saf kita menjadi kuat.

O Allah,thanks for everything.

"Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?" - Al-Baqarah, 44


saya tak hebat. oleh itu,saya sangat perlukan orang yang hebat seperti anda semua untuk tolong saya.

"Moga usaha kita yang sedikit mendapat redhaNYA."

Terima kasih.

Wassalam.



Tuesday, November 9, 2010

Assalamualaikum.



"ey,keluar cepat!"

"apa ni?! dah belum?"

"eh,belum..belum!"

*3 situasi yang berbeza.


haha. chaos! but we did ENJOY ourself there.

but,guys.

sorry for the music. haha~
lagu yang diplay, distopkan tetibe.
tetibe lagu yang tak sepatutnya bunyi dulu dah terplay.

quite ruin the drama,right.
sorry again.

tetibe rasa sedih class ni dah habis.
walaupun sebelum ni ada rasa class ni ganggu rehat,etc sikit.
tapi tulah nikmat yang hanya akan terasa bila ianya dah pergi.

tahun depan form 5!
oh,tidak.

Wassalam.

Friday, October 29, 2010

story to share

Assalamualaikum.


Tadi tengok-tengok iluvislam.
Jumpa artikel tentang panduan memilih jodoh.
Tapi saya rasa nak kongsi cerita lain.
Walaupun saya tahu..ramai banat form4 nak tahu pasal artikel yang pertama,kan.

"begin with the end in mind."


Kisah seorang lelaki tua dan tiga anaknya.

Di sebuah kampung tinggal seorang lelaki tua yg sudah bertahun-tahun kematian isteri. Dengan arwah isterinya itu dulu dia dikurniakan tiga orang anak lelaki.

Semuanya sudah remaja. Anak pertama bernama Anis, kedua bernama Harben dan ketiga bernama Amsal. Akan ketiga-tiga ini yang paling disayangi ialah Harben.

Sayangnya dengan Harben langsung tidak diberinya keluar rumah. Si polan ini sayang juga dengan Anis.

Kadang-kadang dibawanya juga keluar rumah, ke pekan, ke penambang (jetty) dan ke sekitar kampung.

Almaklum anak yang ketiga iaitu Amsal kadang-kadang langsung tak diendahnya..jadi merayau-rayau lah si anak ini ke sekitar kampung dan sampai ke pulau seberang. Kurus kering badannya kerana jarang diberimakan.

Hendak dijadikan cerita, suatu hari yang mendung raja yang memerintah kampung itu dari pulau seberang telah memanggil si polan ini pergi mengadap.

Susah hati lah si polan ini sebab badannya sudah tua, terpaksa pulak mengayuh selat nak ke pulau tersebut. Lagi pula musykil hatinya. Apa yang dimahukan si Raja itu.

Maka dipanggilnya si Harben."Harben, tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?"

Apa yang dijawab Harben? "Minta maaf lah ayah.

Masalahnya Harben tak pernah keluar rumah jadi macamana Harben nak hantar ayah ke sana sebab Harben tak tahu jalan.

Kalau mahu, Harben hantar sampai depan pintu saja lah, ye ayah?"Mendengar jawapan si Harben sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya tidak boleh diharap. "Baiklah kalau begitu" jawabnya sedih.

Dipanggilnya pula si Anis."Anis, tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?" Apa yangdijawab Anis? "Minta maaf lah ayah.

Masalahnya Anis tak pernah keluar dari kampung ni jadi macamana Anis nak hantar ayah ke sana sebab Anis tak tahu jalan.

Kalau mahu, Anis hantar sampai hujung kampung sajalah, ye ayah?"

Mendengar jawapan si Anis itu sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya ini pun tidak boleh diharap juga.

"Baiklah kalau begitu"jawabnya sedih. Dipanggilnya pula si Amsal.

"Hei Amsal,tolong hantar ayah ke pulau seberang..

Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap.." Lalu Amsal menjawab, "Baiklah ayah" tanpa sebarang alasan.

Menyesallah dihatinya keranatidak menyayangi anaknya Amsal akan tetapi dia sanggup melakukan apa saja untuk ayahnya.

Lalu pergilah si polan mengadap Raja. Harben menghantar di pintu pagar rumah, Anis menghantar sampai ke penambang dan si Amsal mengikut ayahnya mengayuh kolek.

Sedang mengayuh itu, tidak semena-mena ribut melanda dan hujan lebat pun turun.

Terkial-kiallah mereka mengayuh dan disebabkan si polan yang dah tua dan si Amsal yang kurus kering karamlah mereka berdua terkubur di lautan.

Moral: Adapun anak-anak si polan ini ialah sebenarnya kehidupan lelaki tua ini.

Harben ialah HARTA-BENDA,Anis ialah ANAK-ISTERI, danAmsal ialah AMAL-SOLEH.

Lazimnya manusia sayang kepada Harben dan Anis tapi tidak pada Amsal.

Di mana bila manusia itu mati iaitu pulang kerahmatullah (mengadap Raja) yang dapat dibawanya hanyalah Amsal.

Harben tinggal dipintu pagar dan Anis tinggal di penambang (di tepi kubur).

Oleh itu dalam kita mengejar cita-cita di dunia ni jangan lah lupa dgn akhirat dan rukun Islam yang lima .

END.

mungkin anda mahu membaca sendiri?

setiap perkara yang terjadi,ada sebabnya.
kitalah yang perlu mengintai dan mencari,
hikmah yang tersembunyi.

back to qurantine mood. >_<'

Wassalam.

Monday, October 25, 2010

Final exam!


Assalamualikum...

first day had passed.
3 papers had passed.
Alhamdulillah..

still about 10 days and 22 papers waiting to be written (including KRS)


I've been forgetful lately.

risau macam mana nak jawab periksa.

saya harap triple rajin bersama saya sepanjang dua minggu lebih ni dan sampai SPM!

saya tak nak jadi macam sebelum ni.

sakit.

banyak faktor kenapa benda tu jadi.

dan saya akan cuba mengambil langkah paling berjaga-jaga agar tidak berulang dua kali.


Wassalam.


Saturday, October 16, 2010

-_-

Assalamualaikum...

Time is a great healer.


Kamu tahu?

berapa lama hati ini sakit?

ye,mesti kamu tak tahu. sebab saya tak pernah bagitahu.

saya akan cuba bertahan selagi mampu.

tapi.. saya kan manusia juga. punya PERASAAN!

saya simpan rasa tu kerana tak nak keruhkan lagi keadaan.

bagi saya tu semua hal kecik!

tak terbanding dengan ukhuwwah kita selama ni.

saya harap kamu faham.

silent doesn't means nothing.


hairan.

manusia kerap kali tak boleh menerima kesalahan dan kelemahan orang lain.

kenapa?!

i've had enough.


please,saya harap tiada lagi pemendaman hati.

sakitnya tak tertanggung.

sekarang pun belum pulih sepenuhnya.

tapi alhamdulillah,segalanya sudah selesai. *muka lega dan tenang.

post ini bukan kerana kamu,atau kamu.

juga bukan kerana marah atau dendam.

masih juga bukan kerana ketidak luahan hati..

tetapi kerana saya.

saya sedang belajar untuk luahkan perasaan. ;)

ouh,bukan sesuatu yang mudah bagi saya.



konklusi,
sebelum buat and even berfikir sesuatu,selidik dulu.

kita lebih percaya kawan atau rumor?
-sesuatu yang masih ramai orang keliru,mungkin.

Aku tidak sempurna.
kerana itu,
aku perlukan kau untuk
membantu aku.

tapi saya tahu,mesti ada silap saya juga.
Maaf... :)


Wassalam.

*segalanya sudah selesai. saya dalam proses melupakannya.
memory failed. ini kali terakhir saya akan berkata tentang hal ini. promise to myself.

*benar,apabila kamu redha dengan ketentuanNYA,kamu akan mendapati terdapat kemanisan di situ.

uhibbuki fillah,eternally.(credits to all my friend)

heya,rasenya ni macam satu-satunya post pasal perasaan. duhh~

Monday, October 11, 2010

hari yang tenang :)

Assalamualaikum.

36 daripada 105.

orang yang datang ke sekolah hari ini.

Moga kamu-kamu yang lain lebih kuat.

Wassalam.


p/s : Mukhayyam form4 superb!

Saturday, October 2, 2010

credit to Anisa

Asslamualaikum...

Terima kasih kepada kamu,
saya rasa terpanggil untuk melarikan jejari
untuk menghasilkan post ini ;)


2 Islah 2008.

Memang sangat banyak kenangan.
Rindu sangat sampai tak boleh nak describe macam mana tahap rindu dia.. T_T

Ana masuk kelas ni 16 Januari 2008.
Sebenarnya serious tak tahu macam mana boleh tetiba nak masuk.
Ada orang kata sebab Farhana.
Haha... sebenarnya bukan sebab dia.
Allah gerakkan hati kot.. :)

Dan Alhamdulillah,
DIA kurniakan ana sahabat yang sangat hebat,loving,caring,sweet,gila-gila,and so on...(nanti ade yang terlebih perasan,susah)


Ingatkah kalian....

Jamuan Ustaz Hafiz.

Waktu ni kesian dekat Anisa dengan Farahin. Penat2 je berlakon kat ustaz yang kelas tengah gaduh. Ustaz pun dah percaya and expect macam tengah serious je gaduh pasal baju :P .Dengan pantasnya mereka berjalan menuju ke kelas.

Dalam kelas...semua orang dah lama standby nak cakap 'surprise' ramai-ramai.
tapi sebab lama sangat tunggu,semua orang dah start berbual sakan.

Tiba-tiba,
Pintu terbuka..
Ustaz terdiam tengok meja,kerusi dan even kami pun dalam keadaan tersusun dan tak gaduh pun!
semua terdiam.

ss...sss...ssss.....ssurprise!!




Kesimpulannya,sentiasa aware!


Iftar.

Perkara yang paling tak patut buat kat taman permainan perumahan.
Bermain sakan sampai terlupa tengah puasa and ade orang tengok pastu cakap dekat mak Hafidzah. >_<>

mana satu yang menang? x ingat..


Anisa kejam . . . -_-



*gambar tak ikut turutan.maaf.


Kem Pemantapan Tahfiz.


paling macam2 perangai waktu ni. 2 minggu awal,hampir semua orang moody. . nampak sangat x ikhlas -_- (ye,termasuk diri sendiri) Malam-malam mesti ada Islahfm.. celoteh DJ yang paling bingit :D

Dan paling x boleh dilupakan...
Main night walk dekat musolla. *_*
ok..fullstop.

Malam terakhir = muhasabah.
paling mengharukan. nyanyi menangislah di bahuku ramai-ramai.
T_T

Dan,ni kem yang pertama dan terakhir bersama mereka.


pendamping paling setia. ;)




Jamuan Akhir Tahun.

Dekat rumah Aina. Spaghetti dan kek yang sedap.. terima kasih :)

Lepas makan,ramai-ramai gi Angsana.

Ada orang sayang duit sampai sanggup bagi ___ dekat driver teksi tu.
ok,tak pe. no biggie (masa tu tak)

Tapi dalam perjalanan ke Angsana,banyak kejadian aneh berlaku.

1. enjin kereta tepi jalan terbakar.
dahlah tepat2 waktu lalu kereta tu. semua lari beretempiaran. haha~ x membantu langsung. siap ada yang jerit "Api! APi!".

2. trolley banyak2 jatuh dekat escalator.
nasib baik x turun lagi. pergi kedai Bata dulu. ada pompuan kena langgar dengan trolley2 tu.

3. perempuan mengandung,pakai seluar dah nak bersalin dalam surau.
nurse dengan suami dia pon ada sekali dalam tu. 0_o tapi lepas tu mereka ke hospital. x bersalin dekat situ pun.


Penat pusing2,makan lagi sekali dekat atas. Bakso! :D








EnD.


Sahabat sekalian,
terima kasih kerana telah memberi saya memori terindah. :)
moga kita reunion kembali bukan saja di dunia..
tetapi juga di Syurga.

Uhibbuki Fillah. Eternally.

Farahin....kamu jangan terkecil dan jelous ye. kalau kamu post pasal kami,
saya post pasal kamu. :D

Juga untuk masa form1,3 and 4..
jangan berkecil hati ye.
sekarang tengah terpanggil nak tulis pasal Islah.

p/s:
Happy 16th Birthday Dalila!

Tuesday, September 21, 2010

Raya 2010

Assalamualaikum.


Pabila Innova memecut,
Seperti si pendek sedang berlari.




















Tuesday, September 7, 2010

.

Assalamualaikum

pergi mana-mana pun mesti semuanya pasal raya kan.

So,

siapa-siapa yang terbaca post ni,

Saya ingin memohon maaf atas segala kekhilafan diri ini.

Mungkin saya tak tahu pun siapa yang baca.

Tapi mungkin jugak saya tak tahu rupa-rupanya ada insan yang terasa/sakit hati dengan saya.

Maaf!

Tuesday, August 10, 2010

:)

Assalamualaikum . . .



"Aku rindukan saat itu.

Saat membaca al-Quran menjadi kesukaan."



Seems familiar? ;)



Ramadhan al-Kareem,

welcome.

Wassalam.

Sunday, August 1, 2010

tett.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah,
all praises to Allah ;)

Choral speaking,2nd.
Reader's theatre,3rd.

___________________________________________________

Pada suatu petang khamis, (kalau x silap hari) minggu lepas.

Adik bergaduh dengan iki (tiap2 hari pun ye)

Adik merajuk,lari naik atas.

Pintu dikunci.

Lama sikit lepas tu,saya naik atas masuk bilik.

Tiba2 dengar setiap orang naik atas dan ketawa. semua mengeluarkan ayat yang sama.. "Ya Allah,adik!"

Saya pun keluar untuk melihat.


memang x leh tahan gelak. Adik jumpa pencukur rambut elektrik dalam bilik abah. sebab jakun dan teruja mungkin,adik shave rambut dia. jadilah macam ni. serious scary! macam gangster.
bila umi nak botakkan,adik nangis2,ngamuk2. aduih...mana ada cara lain nak betulkan rambut tu.so,umi pn bawak gi 2Z.
kalau 2Z potong ok pulak.haihh..
kini,adik gembira dengan rambut barunya.
*maaf,gambar blurr.

heih..adik..adik. macam2!

Wassalam.

Thursday, July 8, 2010

the untold story.

Assalamualikum...

"wehh..tepila. ustazah nak lalu."
"Assalamualaikum ustazah."
"Bismilahirrahmanirrahim ..... " (menganjing kami membaca ma'thurat)

Tiba2 satu hari, waktu tunggu acara kembara desa bermula, kami = MUSLEH didekati seorang peserta perempuan.*kami hanya perempuan.

Hajatnya ingin bertanya, tetapi dia kagum dengan kami.

"Wahh...memang bestla korang pakai macam ni.Tudung labuh." *thumbs up sambil tersenyum lebar.

kami hanya tersenyum dan sedikit sebanyak terharu kerana masih ada yang ingin mendekati kami dengan ikhlas dan bukan dengan ejekan.

Si dia menyambung lagi.

"Dulu kita pun pakai macam ni. Tudung labuh. Siap pakai purdah lagi. Tapi masuk sekolah _________ cikgu suruh bukak. Siap gunting tudung bagi pendek. Sekolah kita x bagi pakai tudung melapasi bahu."

kami terkejut. Sedih!

Si dia ini sangat mahu untuk memakai seperti dahulu. Tudung yang dia pakai waktu tu pun sebenarnya melepasi bahu sedikit. Tapi dia cover. Dan si dia ini memang selalu bersama kami. Even baca ma'thurat. Dia x hafal. Tapi tetap setia mendengar hingga bacaan doa'.

Hidayah dari Allah perlu dipelihara. Jaki tidak,ia akan pergi dari kita.

Jambori Perdana KRS : 28 Jun-2 Julai 2010. 5th out of 17 (puteri)

Hidup ini memang memenatkan. Kerana itu ia diciptakan. Rehat = mati.

Allah...kuatkanlah aku.Hidup ini sepi tanpa ujian,bukan?

Wassalam.

Monday, June 7, 2010

Mukhayyam form3.

Assalamualaikum...

kalau nak cite sume,panjang sangat.
so,malas.

Mukhayyam ni memang best. Rasa jelous pulak dengan diorang ni.

makanya,antum semua kena bersyukur banyak2. kalau x bumping! haha

Kepada ahli kumpulan ana, sori banyak2 sebab x selalu dengan antum. Rasa macam x menyumbang pape pun.

kepada peserta mukhayyam ini...

kami,para fesi dan pegawai ingat akan janji antum kepada kami.

Dengan bersaksikan bulan,setiap gugus bintang,setiap helai daun,setiap butir pasir. (memang banyak la kalau nak type sume).

kami mendoakan antum semua berjaya dan moga naik sekolah nanti menjadi diri yang baru (positif).

Ameen~

*nyamuk die memang hebat. sampai sekatang rasa gatal. cess.

Wassalam.

Monday, May 17, 2010

sambutan hari guru

Assalamualaikum...

Hari ini,form4 banat main game unskinny fruit.

Caranya :

1. kena peel buah epal.
2. kulit epal tu kena susun.
3. siapa yang paling panjang menang.

Kami dibahagikan 6 kumpulan.

kumpulan 5

-Ustazah Shahidah Sheikh Ahmad
-Nur Dalila Kahar
-Nor Raihan Alias
-Khadijah Kamil Shaharuddin
-Nadia Zakeri
-Farah Hidayah Jamaluddin
-Fitriyyah Abdullah Asuhaimi

Kami pun sangat semangat menyusun kulit2 epal uh. kecik macam mana pun amik jugak untuk susun. ustazah je yang mengopek semua epal. eheh. terima kasih.

setelah habis masa,menunggu untuk diukur panjang kulit epal...

Ustazah : "ok,apa yang antum dapat dari game ni?"

A : "err...semangat bekerjasama."

Ustazah : "betul..lagi?"

B : "volunteer untuk buat kerja."

Ustazah : "hmm...betul. kalau kita tengok,kulit2 epal ni ada yang panjang,ada yang kecik.
Walaupun kecik...tapi ianya turut membantu. Macam tu jugak dalam hidup. Ada
orang yang hebat,ada orang yang x tapi kedua2nya saling lengkap-melengkapi."

Itulah tandanya guru2 di SMIH bukan sahaja mengajar,malah turut mendidik kita menjadi insan yang berguna kelak.

Ustaz dan ustazah,terima kasih atas segalanya.

Maaf kerana tidak mampu menjadi seperti yang kalian harapkan.


Wassalam

Monday, April 26, 2010

aku bersyukur

Assalamualaikum.

"Maka ingatlah kepadaku,Aku pun akan ingat kepadamu.Bersyukurlah kepadaku,dan janganlah kamu ingkar kepadaku."

AL-Baqarah:152


Baru sebentar tadi...

kakak menyuruh adik solat.
Adik lari masuk bilik sebab x nak.
Lama lepas tu adik datang balik.
Sebelah saya kakak dah bentangkan sejadah untuk adik.
Adik terus solat.Tapi dia solat main-main.Laju macam apa.

saya: "Adik! apa solat macam ni!" *tangan cubit adik. x pastilah dia sakit ke x sebab die keding!

adik buat x endah dan terus solat(cehh...macam bagus je teruskan solat walau apa yang berlaku)

saya geram. saya marah lagi. saya pun x pasti kenapa saya marah sangat. adik kan kecik lagi.

Setelah solat dua rakaat, (patutnya 3 rakaat) adik angkat tangan,berdoa'.

Adik: "Ya Allah,bagilah kak su 9A,semua A.....kakak 9A,semua A,umi abah sihat,banyak duit...Haziq,Naufal,Syahmi anak yang soleh"

serius terharu.mata memang dah bergenang.walaupun memang tiap2 hari tu je doa' dia dari tahun lepas.

tahun lepas! *dah...lupakan! bina diri yang baru.


"Beruntunglah kamu kerana Allah pilih kamu untuk diuji. Dari ramai2 manusia,Dia pilih kamu.Allah uji tanda DIA sayang dengan hambaNya.Dia tak mahu hambaNya tu jauh dari DIA."
-Ustazah Nasuha.

*heyy...rasa sangat lega internet dah ok.


Wassalam.

Saturday, April 17, 2010

..

Assalamualaikum...

memang dah lama x update! kenapa? internet rosak.

..............................................................................................

we can't run away for forever,right?
kerana kita tetap akan melalui satu hari itu walau sepahit atau sesukar mana pun.

So I choose to have that day.

The day that everyone smile and happy...
And i tried to be that way.

Biarlah.

Time will heal everything.

Sesetengah perkara kita memang patut tanggung sendiri.

Dan insya-Allah,saya masih mampu.

Janji Allah itu pasti!

*internet still rosak.

Wassalam.

Sunday, March 21, 2010

x thu nk ckp apo

Assalamualaikum...

*haha. tiru tajuk ceramah Tuan Azrul.

apa yang saya rasa sekarang?


kalau awak pernah x rasa macam ni?

anda bagaimana?

kalian?

*enough with the bables.

saya rindulah! hari jumaat pun dah rasa dah. ape ni?! pelik!

rindurindurindurindurindurindurindurindurindurindurindurindurindurindurindurindurindurindurindu

*penat tukar2 warna.

ouh.sila tidak fikir bukan2. saya rindu kursus. saya rindu nak ba
ngun pagi2,amik wudhu',terus qiam. rasa sangat tenang! saya rindu kayak. saya rindu van kat sana (apekah?). saya rindu terapi ombak. saya rindu kumpulan 2. saya rindu sumelah!

dahla! gi buat homework!

*esok sekolah. which means...masa untuk berblog kembali terhad.
*rabu KRS kah?

Wassalam.