Assalamualaikum.
Kelmarin baru balik dari camping kat Gunung Ledang. 1st program untuk R2S2.
Disebabkan angin yang sangat kuat,kami tak dapat naik gunung. Tukar dengan jungle treckking yang mencabar. Resort = palang. huhu.
Overall,program ni memang superb. Rasanya tak pernah lagi sakit satu badan gi camping sebelum ni. Belajar sangat banyak benda (of course).
Satu perkara yang tak pernah terlintas kat fikiran untuk berlaku dalam hidup terjadi masa malam kedua.
Peserta perempuan hanya dibahagi kepada dua kumpulan. Pada malam tersebut,setiap kumpulan diberi hanya 15 minit untuk berbincang tentang persembahan yang akan diadakan selepas itu.
Setelah kedua-dua kumpulan buat persembahan,giliran fesi pula membuat persembahan. Setelah itu, Umi Cu (pengarah program) kata dia akn panggil sorang untuk buat persembahan. Semua orang dah gelabah sikit. 'sorang-sorang je? aiihh..'
Lepas tu umi Cu pun buat persembahan. hehe, Umi Cu sporting habis! Lepas tu Umi Cu pun amik reg form,tengok nama semua orang.
"ok,orang yang akan membuat persembahan ialah nama yang ke-12. Haa...siapa yang masa tulis tadi no.12?"
'Hu? alamak. Aku tulis no.12 ke 13 tadi? adeh.'
"Ok,nama dia..."
"nanti Umi Cu. Baca i/c dia. Haa..baca dari belakang." (salah seorang fesi)
"Hehe. baiklah,i/c dia dari belakang.. 8.. *.. *...*.... [sampai habis]"
'Alamak,aku nak kena bangun ke ni?'
"Haa...siapa punya i/c tu?"
*angkat tangan.
"Ok,nama siapa?"
"Fitriyyah."
"Dipersilakan Fitriyyah untuk buat persembahan.....hehe"
Aku dah gelabah. Tapi still berdiri dan gerak ke depan. Adui...nak buat persembahan apa ni?!
So,kawan kawan pun bagi cadangan untuk tolong.
"Kawad!"
"Lagu KRS!"
"Pattern,pattern!"
paling tak leh handle ;
"Mr.Taxi!"
=_='
so,dalam keadaan gelabah untuk fikir,saya rasa saya boleh buat satu benda je ; BASED.
huhu. Ada fesi kata boleh ajak sorang teman. So,Khadijah diajak. Alang-alang ada 2 orang,kami buat elak guna masa PRINT hari tu.
Fuuhh! selesai sudah persembahan ntah pape tu. Tak berapa nak menjadi sebab tak ingat sangat step n gelabah. T_T
Lepas tu Umi Cu cakap ada hadiah nak bagi saya. he? nak kena bagi ke? x yahlah...
"Ok,hadiah boleh masuk sekarang."
serentak hadiah masuk,orang sekeliling nyanyi ;
"Allah selamatkan kamu.....Allah selamatkan kamu..."
HU?!~
Diam.
Muka tak tahu dah jadi bentuk apa.
"Tapi kak,birthday ana lambat lagi."
akak bawak kek tu cakap,
"takpe. sambut awal. hehe."
thanks,Kak Hajar.
T__T terharu je. Zillion of thank you to each person that've been there.
Sebelum ni,masa sekolah mana sempat orang nak buat apa-apa. Yelah,awal sekolah. Lepas tu tak kanlah nak bagitahu orang kot birthday. Huhu.
Again,lots of thank you! take it as the stars.
Wassalam.